3 Mindset Usahawan Internet ok? Bagi mereka yang melakukan pemasaran di Internet, saya sarankan anda mempunyai 3 Mindset yang saya akan kongsikan di bawah..
.. ini sangat penting kerana mindset yang akan menentukan hala tuju dan apa yang bakal anda buat setiap hari.
1. Niat untuk bantu selesaikan masalah orang
Bagi saya, bisnes atau sebarang bentuk perniagaan wujud kerana ada nya masalah orang. Usahawan yang berjaya, dia akan datang dan bawa solusi terbaik untuk permasalahan bakal prospek. Itulah sebabnya kenapa kita kena ada niat mahu bantu orang lain, dan kemudian baru letakkan matlamat duit untuk tahap kedua.
2. MENTOR + ILMU + TINDAKAN
Untuk berjaya dan terus kaya dalam perniagaan, tidak lain dan mesti ada 3 perkara ini. Mentor, Ilmu, dan Tindakan.. Kita tidak mahu bergerak dalam kegelapan seorang diri, dan masa inilah kita perlukan seorang untuk suluh lampu dalam kegelapan. Kita juga tidak mahu seorang usahawan melakukan sesuatu bentuk perniagaan tanpa Ilmu, ibarat terus buat tanpa tahu apa apa.. dan akhir sekali kita juga mahukan usahawan internet yang terus bertindak, barulah duit itu akan datang.
3. Fokus dan Konsisten
Usahawan Internet perlu ada Mindset untuk sentiasa Fokus dan Konsisten dalam apa apa yang mereka lakukan terutamanya dalam pemasaran. Fokuskan sesuatu perkara untuk dicapai dan kemudian konsisten dalam mencapainya.
Doktor Pemasaran amat yakin jika Usahawan Internet mempunyai 3 Mindset ini, bisnes apa apa pun yang dijalankan akan membawa kepada satu langkah yang lebih jauh kehadapan berbanding usahawan Internet yang lain.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan saya sarankan untuk anda sharekan kepada rakan usahawan yang lain jika anda merekakan perkongsikan kali ini bermanfaaat. Selamat Bertindak!