Sedang tercari Regex Expression untuk Nama pula, khas di Malaysia? Selepas saya ada kongsikan Regex Expression untuk Nombor Telefon di Malaysia, kali ini saya share pula untuk Nama Panggilan.
Apa sebab buat?
Sebab baru je ada yang isi nama panggilan yang mempunyai simbol dan juga nombor.
Akibatnya telah bagi Error dalam automation saya untuk flow seterusnya. Oleh sebab itu, saya cari jalan alternatif bagaimana nak pastikan yang orang isi dalam borang ini terpaksa follow isi nama yang betul.
Nama yang betul maksud saya di sini adalah nama yang tanpa simbol dan juga nombor.
Baru-baru ini adalah yang isi koma ke atas tu, biasanya dengan nama contoh Humaira’ , akan ada koma di atas tu.
Apabila masuk dalam automation, akan menyebabkan error terutamanya dalam JSON dan juga flow WhatsApp.
Copy Paste Regex Validation untuk Nama:
Bagi sesiapa yang nak pattern regex expression ini, boleh gunakan regex ini:
^[a-zA-Z\s]+$
Boleh masukkan dalam coding, ataupun dalam automation, contoh use case saya ada buat untuk nombor telefon di sini.
Ok itu sahaja.
Contoh Use Case
Ini pula contoh screenshot dalam borang.
Kalau user itu tersilap isi, akan keluar popup bagitahu yang simbol dan nombor telefon tidak mahu dimasukkan kotak nama.
Ok selesai satu masalah saya hari ini.
Dan semoga untuk anda juga.
Terima kasih, semoga bermanfaat. Share juga pada yang lain ya.