Sedang mencari Regex Expression Pattern yang sesuai untuk nombor telefon di Malaysia? Saya sebenarnya sudah cuba banyak-banyak regex pattern untuk phone number di Malaysia.
Unik Nombor Telefon Malaysia
Negara Malaysia unik, terutamanya nombor-nombor telefon bimbit dan telco yang didaftarkan di Malaysia ini.
Kita ada +60xx, 60xx, dan 0xx dan belum lagi kita cerita 10 digit, 9 digit dan 11 digit.
Nightmare
Dan lagi nightmare untuk yang membuat borang di Malaysia ni, dan perlu minta customer untuk isi Nombor Telefon, boleh jadi macam-macam yang anda terima untuk nombor telefon di Malaysia ini.
Selepas itu apabila anda mahukan gunakan atau simpan database Nombor Telefon di Malaysia ini, anda menerima cabaran apabila nombor-nombor yang di isi itu tidak pun sebenarnya menepati format yang diperlukan.
Satu cara adalah, anda sekat atau filter nombor itu sebelum customer anda isi dalam borang anda.
Saya lihat ada yang terus bagitau format yang diisi salah. Samada dalam bentuk Popup atau pun keluar error merah di bawah kotak Phone Number.
Biasanya apa yang dibuat untuk filter ini adalah dengan menggunakan Regex Expression. Untuk code dan cara ini mungkin saya share kan dalam tulisan yang lain.
Untuk kali ini saya bagi dahulu Regex Formula ini untuk anda gunakan bagi tujuan Filter apabila customer ingin isi borang.
Juga boleh digunakan dengan ChatGPT, Claude atau mana-mana AI untuk bantu anda filter kan nombor ini sebelum atau semasa anda inginkan dapatkan nombor telefon yang betul-betul untuk Rakyat Malaysia.
Regex Expression untuk Nombor Telefon di Malaysia (Copy & Paste)
Berikut saya kongsikan Regex ini.
Regex ini belum complete atau terpaling cemerlang, anda boleh tweak ataupun cadangkan di bawah untuk saya improve lagi.
Ini output regex formula phone number in Malaysia:
Match with country calling code
+601112345678
601112345678
01112345678
This will be match
01112345678
0101234567
0141234567
This will not be match
0111234567
01412345678
0151234567
Saya harap dapat membantu anda mencari regex formula yang saya gunakan.
Banyak lagi use case yang boleh digunakan, apa saya guna adalah untuk filter semasa customer isi borang, filter dengan chatgpt, dan juga clean database phone number ikut format di Malaysia. Mudah dan senang kan?