3 Teknik Content Marketing Cara Halus Buat Pelanggan Terliur

Teknik Content Marketing menjadi semakin popular sejak adanya media sosial. Kesan menggunakan content marketing terhadap perniagaan anda ada 3

Jan 2, 2024
Teknik Content Marketing menjadi semakin popular sejak adanya media sosial.
Kesan menggunakan content marketing terhadap perniagaan anda:
1. Pembeli suka produk anda
2. Pembeli nak guna produk anda selalu
3. Pembeli suka untuk berkongsi mengenai produk anda

Kuasa Arahan

Jika anda perasan di botol shampoo, ada tertulis..
“Gunakan setiap hari untuk rambut yang lebih lembut dan mudah diurus”
Itulah kuasa arahan.
Ia bukan satu helah untuk menipu pelanggan anda..
..jika anda yakin produk anda berkualiti tinggi,dan memberikan manfaat kepada mereka.

3 Jenis Content Pengaruh Cara Halus

Ada tiga lagi teknik content marketing cara halus yang anda boleh gunakan:

1. “Content Menggoda”

KISSMetric, yang diasaskan oleh Neil Patel, adalah servis software yang menganalisa laman web anda.Sebenarnya, ramai lagi pesaing yang menawarkan khidmat yang sama.
Bezanya, KISSMetric menggunakan teknik content marketing “Menggoda”.
Mereka menawarkan beberapa panduan berguna kepada bakal pelanggan.
Setiap panduan target untuk menyelesaikan masalah yang spesifik,tanpa mereka perlu membeli apa-apa daripada KISSMetrics.
Mereka tahu yang jika mereka berjaya membantu pemilik bisnes selesaikan masalah,mudah untuk mereka menggoda bakal pelanggan untuk nampak kejayaan yang lebih besarjika melanggan software KISSMetrics.
Bila dah tergoda, lebih mudah untuk pelanggan buat keputusan dan menghasilkan jualan.
Smart, kan?

2. “Content Buat Pelanggan Lapar”

Lebih mudah dan murah untuk menjual pada pelanggan yang dah biasa membeli produk kita,daripada menjual pada pelanggan yang baru.
Content apa yang membuatkan pelanggan nak beli lagi produk anda?Content apa yang membuatkan mereka rasa tak puas? Rasa tak cukup?
Kongsikan cara-cara bagaimana untuk menggunakan produk anda.
Sebagai contoh, TudungRuffle, yang menjual tudung bawal berkualiti tinggi secara online,menawarkan tutorial cara-cara pakai tudung mereka.
Apabila tutorial ini dikongsikan di Facebook, ia mendapat jumlah bilangan Likes dan Share yang sangat tinggi.
Bukan itu sahaja..mereka juga menawarkan 24 warna tudung berbeza.
Ia juga mempengaruhi pelanggan untuk membeli tudung mereka.. bukan sehelai, tetapi 3-4 helai sekaligus.
Menarik!

3. “Content Pamerkan Hasil Guna Produk/Perkhidmatan”

Sekarang, pelanggan lebih ‘demanding’.Mereka nak bukti produk/perkhidmatan anda berkesan, sebelum mereka membuat pembelian.
Anda harus kongsikan testimoni dan hasil positif setelah menggunakan produk anda.
Sebagai contoh, jika anda menjual produk menurunkan berat badan..
..kongsikan testimoni pengguna yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan produk anda.
Lebih banyak testimoni, lagi bagus.
Ia adalah cara paling mudah untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan.
Kenapa penting sangat pelanggan mempercayai produk kita?
Pelanggan hanya akan membeli produk jika mereka KENAL, SUKA dan PERCAYA kepada produk kita.
 
notion image
 
LIKE Facebook page DoktorPemasaran untuk mendapatkan tips-tips pemasaran terkini yang mampu melonjakkan jualan bisnes anda.